Bank Akan Bagi Pinjaman Untuk Rumah Masih Dalam Master Title?

Rumah masih under Master Title boleh membuat pinjaman Bank atau tidak ?

Maksud Master Title atau Hakmilik Induk?

Master Title ini dibawah geran besar/induk yang nama ada satu nama dan selalunya dibawah nama developer (pemaju).

Anda patut tengok balik hartanah anda jikalau hartanah anda masih dalam master title yang belum convert kepada strata title atau individual title.

Ada beberapa kelemahan kalau hartanah anda masih dalam master title ini?

untuk rumah dibawah master title yang dah lebih 10 tahun, kebanyakan Bank sekarang tidak akan bagi Loan.

kalau anda berjaya dapat Bank Loan, proses pembelian/pembiayaan semula agak lambat sebab mungkin proses dalam penukaran title dari master ke strata/individual title.

mungkin kena keluarkan kos tambahan untuk penukaran title.

kalau developer/pemaju dah bankrupt, lawyer anda kena cari Liquidator untuk projek perumahan anda itu. Liquidator ini adalah sebagai pihak pengganti pemaju/developer yang memegang semua fail-fail developer/pemaju yang bankrupt itu. Maka juga ada kos tambahan untuk liquidator sana dan proses akan juga bertambah lagi lambat.

Jika anda pemilik hartanah, sila semak hartanah anda masih lagi master title atau hakmilik induk yang ingin membuat pembelian/pembiayaan semula hartanah, still ada Bank yang bagi pinjaman ya..

Klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai pinjaman Bank untuk hartanah atau yang ingin membuat pembiayaan rumah semula (refinance rumah) yang masih lagi master title.

ENQUIRE NOW!

Leave a Reply

Your email address will not be published.