Berwakaf Dengan Pampasan Takaful

 

Apa itu Wakaf?  

Wakaf merupakan endowmen yang diuruskan berasaskan Shariah, merangkumi wang atau aset lain yang disumbangkan kepada institusi atau projek yang patuh Shariah.  Wakaf menjadi sumber asas yang berkekalan dan tidak boleh dibatalkan, untuk meraih pendapatan untuk menampung perbelanjaan operasi dan keperluan lain.

 

Apakah itu Endowmen?

Endowmen merupakan wang atau aset kewangan lain yang disumbangkan kepada institusi tertentu, seperti institusi pengajian atau hospital, yang menjadi sumber berkekalan untuk meraih pendapatan demi menampung perbelanjaan operasi dan keperluan lain.

 

Tujuan Wakaf?

Tujuan utama Wakaf ialah bagi membantu golongan yang memerlukan, golongan yang ditindas, meningkatkan taraf hidup , penyebaran ilmu serta sains serta dalam hal-hal pentadbiran masjid ,perpustakaan dan sebagainya.

 

Apakah Wakaf IKHLAS?

Sesuatu wakaf akan berkuatkuasa serta-merta, pemilik sijil/peserta Takaful IKHLAS boleh mewakafkan dari sebahagian jumlah perlindungan sijil mereka.  Di Takaful IKHLAS, kita menyediakan khidmat mewakafkan sebahagian pampasan takaful kepada wakaf negeri mengikut pilihan masing-masing.  Sebaik sajhaja, pemilik sijil/peserta meninggal dunia, sebahagian dari pampasan tunai tersebut akan terus diwakafkan dan tidak perlu melalui waris atau memerlukan kebenaran mereka.  Pihak syarikat akan bekerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bagi menguruskan semua urusan wakaf yang telah diamanahkan oleh pemilik sijil/peserta.

 

Waqaf – Rumusan

Merupakan satu instrument membuat kebajikan dan mendapat pahala yang berterusan.
Harta wakaf menjadi milik mutlak Allah S.W.T ini bermakna ia tidak boleh ditarik balik.
Pemegang wakaf adalah Majlis Agama Islam di setiap negeri yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta wakaf tersebut.
Wakaf yang dibuat semasa hidup adalah tidak terhad tetapi wakaf yang dibuat melalui wasiat hanya tertakluk kepada 1/3 daripada keseluruhan hartanya melainkan ia mendapat persetujuan daripada semua waris.

 

 

Sila klik di sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pelan Wakaf Takaful IKHLAS 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.