Refinance Rumah dari LPPSA ke Bank?

 Ini selalu akan menjadi persoalan pertama di fikiran anda sama ada berbaloi tidak kalau anda pernah terfikir untuk membuat pembiayaan rumah (Refinance Rumah) dari LPPSA ke Bank? 

 

Biasanya apa yang anda akan lakukan ini dengan sebab-sebab seperti dibawah:

Mahu mendapat “cash out money”

Ingin menyelesaikan hutang-hutang jahat

Mahu membeli rumah lagi

Mahu menggunakan LPPSA untuk kali kedua

 

Mahu mendapat “cash out money” 

Ingin mendapat lebihan cash out money dari pembiayaan semula rumah (Refinance rumah) mengikut nilai pasaran rumah sekarang. 

Sebagai contoh, baki hutang bank adalah RM150k dan nilai pasaran rumah adalah RM500k.  Oleh itu, anda boleh dapat lebihan cash out money dalam sekitar RM200k hingga 250k.  Ada lebihan cash out money, ini bermaksud bayaran bulanan juga akan meningkat.

 

Ingin menyelesaikan hutang-hutang jahat dan Mahu membeli rumah lagi

Ingin menyelesaikan hutang-hutang jahat seperti Pinjaman Peribadi, Pinjaman Sewa Beli & Kad Kredit.

Sebagai contoh, pinjaman peribadi adalah RM54k dan pinjaman sewa beli adalah RM84k dan juga kad kredit hutang adalah 9.5k dengan jumlah bayaran sebulan adalah sekitar RM2,500.

Apabila anda melakukan pembiayaan semula rumah, anda akan dapat lebihan dalam RM147,500, bayaran bulanan telah menjadi dalam RM790 sahaja.  “Bayaran bulanan” untuk hutang-hutang jahat telah dikurangkan dari RM2,500 kepada RM790 sahaja.

Apabila DSR (Debt Service Ratio) telah rendah, anda boleh membeli satu rumah lagi untuk pelaburan.

 

Mahu menggunakan LPPSA untuk kali kedua

Perkara yang selalu ingin dilakukan oleh anda adalah untuk membuat pembiayaan semula rumah (Refinance Rumah) ke Bank untuk menyelesaikan hutang semasa untuk pembiayaan LPPSA pertama dan anda boleh menggunakan LPPSA untuk kali kedua jika anda membeli rumah sekali lagi.

Sesiapa sahaja boleh membuat pembiayaan semula rumah ke Bank kerana sekarang kadar faedah Bank sangat rendah berbanding dengan LPPSA.

Sebagai contoh, bayaran bulanan LPPSA untuk amaun pembiayaan RM300k selama 30 tahun adalah RM1,433.

Jika anda membuat pembiayaan semula rumah ke Bank untuk amaun pembiayaan RM300k selama 30 tahun, bayaran bulanan hanya RM1,297.  Maka anda boleh menggunakan LPPSA untuk kali kedua ya.

Amaun pembiayaan untuk LPPSA dan Bank adalah sama dan gunakan pengurangan baki dan kadar faedah Bank berubah tetapi LPPSA belum berubah.

 

Ada juga kos-kos untuk pembiayaan semula rumah seperti peguam, duti setem dan kos takaful.  Ini antara cara dan bagaimana kita dapat menyelesaikan “hutang-hutang jahat kita dan ada lebihan “Cash Out Money” sebagai dana kecemasan.

 

Setiap situasi individu adalah berbeza seperti mana yang saya katakan di atas.  Apa yang anda kena buat adalah anda perlu merancang dengan betul mengapa anda mahu membuat pembiayaan semula rumah dari LPPSA ke Bank atau dari Bank A ke Bank B ya.

 

 Semua pengiraan dan perancangan di atas yang diberikan hanyalah pendapat saya dan perlu sesuai dengan situasi individu.

 

Klik link di bawah jika anda ingin mengetahui dan memahami proses Refinance Rumah dengan lebih lanjut dan dapatkan Analisis Penilaian Aset Rumah anda secara PERCUMA👇

CHAT WITH MI ADVISER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.