Wasiat
Wasiat merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
Jika anda meninggal dunia tanpa berwasiat, Pusaka anda mungkin tidak dapat diserahkan kepada penerima yang dihajati.
Pusaka merangkumi semua aset tak alih (rumah atau tanah) dan alih (akaun bank, saham, kereta dan sebagainya) yang didaftarkan di atas nama simati. Aset tersebut hanya akan dibahagikan setelah hutang piutang, belanja pengkebumian dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran berkaitan kematian diselesaikan.
Jika anda mempunyai Wasiat yang sah, anda dikategorikan sebagai ‘meninggal dunia dengan Wasiat’ di mana segala kemahuan dan arahan anda dinyatakan dengan dengan jelas di dalam Wasiat tersebut.
Wasiat hanya berkuat kuasa setelah anda meninggal dunia.
Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas dan sempurna akal layak membuat Wasiat.
Wasi atau Pentadbir adalah individu atau organisasi yang dilantik untuk memastikan hasrat anda dilaksanakan mengikut Wasiat anda dan undang-undang terpakai.
Wasi bertanggung jawab menguruskan keseluruhan proses pentadbiran pusaka anda.
Wasiat yang dirancang dengan baik akan memastikan kebajikan waris anda diutamakan dan dilaksanakan secara profesional.
Wasiat memberi hak kepada anda untuk memilih penjaga yang boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan anak-anak anda terutamanya yang di bawah umur dan orang kelainan upaya selepas anda meninggal dunia.
Perkhidmatan Wasiat bagi Orang Islam dan Bukan Islam
Untuk Orang Islam
Wasiat membolehkan anda memperuntukkan 1/3 daripada harta anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda.
Tanpa Wasiat, semua harta anda akan diagihkan mengikut Faraid atau mengikut pemuafakatan waris.
Untuk Orang Bukan Islam
Wasiat membolehkan anda mengagihkan kesemua asset anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda.
Tanpa Wasiat, harta anda akan diagihkan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau mengikut pemuafakatan waris.
A Will
A Will represents your responsibility to your loved ones, ensuring that your estate will be fairly distributed and according to your wishes.
If you die without leaving a valid Will (die ‘intestate’), your estate may not be distributed to your intended beneficiaries.
Your estate encompasses assets such as immoveable property (house, buildings) and moveable assets (car, shares, investments etc).
If you have a Will (die ‘testate’), the appointed Executor will distribute your assets as per your last Will and Testament.
A Will goes into effect only upon your demise.
Any person above 18 and of sound mind can make a Will.
The Executor is the organization or person who will ensure your wishes are being fulfilled to your specifications.
The Executor is responsible for carrying out the whole process of your Testate Administration.
A well structured Will ensures the interests of your heirs are safeguarded, guaranteed and preserved in a professional manner.
A Will allows you to appoint a trustworthy guardian to help protect the welfare and interests of your children especially minors and the disabled after your demise.
The Will Services for both Muslims and Non-Muslims
For Muslims
A Will allows you to allocate 1/3 of your assets to any person or organisation of your choice and the remaining 2/3 to your rightful heir(s) under Faraid.
In the absence of a Will, the whole of your estate will be distributed according to Faraid or family arrangement.
For Non-Muslims
A Will allows you to allocate all your assets to any person or organisation according to your wishes.
In the absence of a Will, your estate will be distributed based on the Distribution Act 1958 or family arrangement.
Pilihan anda kini menentukan masa hadapan orang yang tersayang…
Your choice determines the future of your loved ones…
Adakan Anda Mempunyai Wasiat?
Do you have a Will?
Please leave us a message and will get back to you soon.