Apa itu Wakaf?

 

Syara’: Pemberian yang tidak boleh dibatalkan, yang dibuat secara nyata atau secara tersirat untuk tujuan kebajikan bagi mendapatkan pahala daripada Allah S.W.T.

Wakaf adalah kebajikan untuk kebaikan makhluk Allah, apabila wakaf telah dibuat, harta wakaf tersebut menjadi milik Allah.

 


 

Syarat berwaqaf

Cukup Umur ( Akil Baligh ).
Waras ( Sempurna Akal Fikiran )
Ahli Tasarruf / Tabarru’
Pilihan Sendiri
Merdeka
Lafaz (Sighah)
Hendaklah dilafazkan bagi orang yang bertutur.
Hendaklah diganti dengan tulisan atau isyarat bagi orang yang tidak boleh bertutur.
 Lafaz wakaf mestilah jelas dari segi jenis wakaf, luas, tempat, bentuk dan jumlah.

 


 

Harta Yang Diwaqafkan

Harta tersebut mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.
Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu.
Harta yang diwakafkan itu memberi faedah yang berpanjangan.
Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syara’.
Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah.
Milik sempurna orang yang memberi wakaf.

 


 

Ciri-ciri Waqaf

Tidak boleh dibatalkan
Tukar ganti (Istibdal)
Permulaan berkuatkuasa wakaf
Wakaf bersyarat
Larangan

 

Wakaf yang telah berkuatkuasa tidak boleh dijual, dipindahmilik atau dibatalkan oleh pewakaf atau diwariskan kepada mana-mana orang.

Tetapi, harta wakaf boleh diganti dengan harta lain atau dengan duit yang sama atau lebih tinggi nilainya daripada harta wakaf tersebut dan mestilah mengikut Hukum Syarak.

 


 

Permulaan berkuatkuasa wakaf

Sesuatu wakaf akan berkuatkuasa segera sekiranya semua kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi.

Wakaf bersyarat (Wakaf Taklik) hanya berkuatkuasa apabila kesemua syarat-syarat dipenuhi.
Wakaf bersyarat terbatal sekiranya pewakaf telah meninggal dunia sebelum syarat-syarat yang dikehendaki dipenuhi.

 


 

Waqaf – Rumusan

Merupakan satu instrument membuat kebajikan dan mendapat pahala yang berterusan.
Harta wakaf menjadi milik mutlak Allah S.W.T ini bermakna ia tidak boleh ditarik balik.
Pemegang wakaf adalah Majlis Agama Islam di setiap negeri yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta wakaf tersebut.
Wakaf yang dibuat semasa hidup adalah tidak terhad tetapi wakaf yang dibuat melalui wasiat hanya tertakluk kepada 1/3 daripada keseluruhan
hartanya melainkan ia mendapat persetujuan daripada semua waris.

 

 

Click here to find out more about Wakaf Plan