Mana satu pilihan Kad Perubatan terbaik untuk anak anda? Terlalu banyak Kad Perubatan di luar pasaran menyebabkan ibubapa pening apabila untuk membuat Kad Perubatan untuk anak anda.
Apa Kepentingan Kad Perubatan?
Kad Perubatan pada zaman sekarang boleh dianggap sebagai satu keperluan hidup dan bukan lagi kehendak kerana kos perubatan setiap tahun pasti akan terus meningkat mengikut kemajuan dan teknologi semasa.
Tahukan anda bahawa Kad Perubatan untuk anak boleh di ambil se-awal umur 30 hari?
Sebagai ibubapa digalakkan tetapi bukanlah kewajipan untuk mendapatkan Kad Perubatan untuk anak tetapi kita akan memberikan rawatan yang terbaik untuk anak-anak.
Tips Memilih Kad Perubatan Untuk Anak
1. Pemilihan Harga Bilik Wad
Sebenarnya, kehendak ibubapa adalah bagi anak-anak dimasukkan di wad “Single”. Sebab biasanya ibu yang menjaga anak-anak. Pemilihan bilik “Single” dapat menjaga privasi antara ibu dan anak. Harga bilik wad di setiap hospital swasta biasanya RM200 ke atas, dan anda boleh carikan Kad Perubatan yang tawarkan bilik RM200 dan ke atas.
2. Had Seumur Hayat
Sebulan membeli Kad Perubatan, semak dahulu jumlah perlindungan had tahunan dan had seumur hidup. Ada pelan medikal kad yang tiad had tahunan tetapi mengunakan had seumur hayat sebagai had paling maksimum sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa.
3. Ko-Takaful & Ko-Payment
Ko-Takaful adalah perkongsian bayaran kos rawatan antara pengendali/syarikat takaful bersama peserta dimana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful.
Contohnya jika jumlah bil adalah RM10,000, peserta dikenakan bayaran ko-takaful sebanyak RM1,000.
Ko-payment pula adalah bayaran bersama jika peserta upgrade bilik melebihi had harian yang dibenarkan kerana keselesaan.
Contohnya :-
Jika had harian bilik adalah RM200 dan upgrade bilik RM300 dan berada di hospital selama 5 hari berterusan. Masuk wad adalah RM500 dan jumlah bil-bil lain adalah RM8,000.
Perbezaan adalah bilik darab bilangan hari (RM100 X 5 hari = RM500 + 10% dari bil bil lain)
RM500 + RM800 = RM1,300
Akan tetapi Ko-Payment yang ditetapkan oleh Takaful Ikhlas adalah maksima RM3,000 sahaja untuk penyakit berbeza dalam tahun yang sama sekiranya bil rawatan melebihi 10% dari had seumur hayat.
4. Tempoh Menunggu
Selepas polisi berkuatkuasa, Kad Perubatan mempunyai tempoh menunggu. Tempoh menunggu untuk kegunaan kemalangan, sakit biasa atau kes yang major seperti sakit kritikal atau operation yang perlu di masukkan ke hospital.
Kad Perubatan Takaful Ikhlas, jikalau berlaku sakit kritikal tempoh menunggu adalah 120 hari, jika minor kes seperti rawatan biasa tempoh menunggu 30 hari manakala bagi kes kemalangan tiada tempoh menunggu.
5. Hospital Panel
Setiap Kad Perubatan mempunyai hospital panel di mana pemegang Kad Perubatan tersebut layak mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana hospital panel dipilih oleh peserta. Jenis hospital adalah berlainan mengikut jenis kad perubatan. Pelan yang sangat minima agak mustahil boleh dapat rawatan di hospital bertaraf bintang sebagai panel.
6. Deposit Kemasukan
Ianya adalah di antara peserta dengan pihak hospital panel. Ada setengah takaful akan menanggung sedikit setiap kali peserta di masukkan ke hospital. Contoh hospital tetapkan RM500 untuk warded, selepas discharge peserta cuma dapat semula pulangan sebanyak RM200 setiap kali kemasukan dan selebihnya tidak dipulangkan.
Ada juga deposit dapat nilai seratus peratus selepas keluar dari hospital. Itu semua bergantung kepada pelan Kad Perubatan yang di ambil.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dan memahami tentang betapa pentingnya Kad Perubatan bagi setiap orang. Dapatkan Kad Perubatan “MEDICAL CARD” untuk anak dan anda sendiri dengan segera yang mengikut kemampuan anda sendiri dan anak.
Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai pelan Kad Perubatan Takaful Ikhlas.
Thank you for reading!