Mencari Perlindungan Hibah Takaful Untuk Keluarga Tersayang Anda?

 

Ramai yang pernah dengar Hibah Takaful tapi kurang faham mengenai Hibah Takaful dan kepentingannya untuk melindungi keluarga anda dari segi kewangan. 

Mi Adviser memperkenalkan satu Hibah perlindungan polisi yang dapat membantu anda untuk masa depan sendiri, isteri, anak-anak anda akan lebih terjamin dan juga menyelesaikan komitmen kewangan anda ketika anda menghadapi kesulitan atau anda sudah tiada.

 

Kenapa Anda Perlu Ambil Hibah Takaful?

 

Sayangi Keluarga Anda

Bila anda sudah tidak ada, keluarga anda akan hilang punca pendapatan.  Isteri dan anak-anak anda mungkin akan hidup susah.  Jangan lupa, segala aset anda juga akan dibekukan selepas anda sudah tiada dan proses tuntutan dan pembahagian harta akan melalui proses faraid yang akan mengambil masa yang lama.  Hibah mesti dibuat untuk keluarga dan anak-anak anda untuk teruskan kehidupan selepas anda sudah tiada.

 

 Perlindungan Pendapatan 

Kerja anda akan terjejas apabila anda sakit dan income automatik terjejas juga.  Kalau anda ada buat hibah untuk diri sendiri dan duit pampasan yang anda dapat boleh teruskan kehidupan anda walaupun kita tak boleh bekerja lagi.

 

 Bebas Hutang & Pinjaman Kewangan 

Anda perlukan fikirkan, keluarga anda terpaksa teruskan bayar hutang dan pinjaman kewangan anda jikalau anda sudah tiada.  Mereka terpaksa teruskan kehidupan dengan susah untuk menanggung hutang dan pinjaman kewangan anda.  Hibah akan membantu anda selesaikan hutang dan pinjaman kewangan selepas anda sudah tiada.

 

 Aset & Pelaburan Dilindungi

Anda tidak perlu untuk mencairkan aset, simpanan dan pelaburan disebabkan sakit anda.  Hibah Takaful adalah instrumen yang boleh membantu anda untuk melindungi semua ini.

 

 Meminta Dielakkan

Cuba anda fikirkan sekarang, jikalau anda sudah tiada atau anda sakit, adakan keluarga anda meminta pertolongan dari orang lain untuk berikan wang mahu pun anda sendiri untuk meneruskan kehidupan.  Hibah Takaful dapat membantu anda dan keluarga anda untuk ini.

 

 Jaga Gaya Hidup Anda

Kalau anda sakit, perkerjaan anda terjejas dan duit akan berkurangan dari hari ke hari dan mampukan anda untuk kekalkan gaya hidup anda yang sama?  Anda terpaksa cairkan semua aset, simpanan dan pelaburan yang akan untuk teruskan kehidupan anda kerana sakit.

 

Sakit Yang Tidak Dijangka Datang

Setiap orang tak nak sakit.  Tapi anda mesti bersedia dengan wang yang cukup untuk teruskan kehidupan anda atau untuk duit perubatan jika sakit datang pada anda tanpa menyusahkan keluarga anda atau terdekat.  Buatkan satu Hibah Takaful untuk diri sendiri.

 

 

Perlindungan masa depan untuk diri sendiri dan keluarga anda hanya dengan mengasingkan 5% to 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk dapatkan perlindungan Hibah Takaful Ikhlas.  Mi Adviser akan membantu anda jika anda memerlukannya nanti.  

 

 


 

Pelan Hibah Takaful Ikhlas 

 

Pelan Perlindungan Sumbangan Takaful Bertempoh

Pelan Hibah RM 1 Juta.
Melindungi Masa Depan dan Gaya Hidup Keluarga Anda.
Fleksibiliti Tempoh Perlindungan dan Caruman.
Perlindungan sehingga RM500,000 tidak memerlukan Pemeriksaan Kesihatan.
Penyelesaian yang Patuh Syariah.

 

Faedah-Faedah Pelan Takaful Hibah Takaful Ikhlas

 

1. Pelan Hibah 1 Juta Keatas Yang Terbaik Dan Termurah
 Hargai keluarga, hutang, legasi, harta amal jariah selepas anda sudah tiada dengan menyediakan Pelan Hibah Takaful bernilai RM1,000,000 ke atas.

2. Perlindungan Gaya Hidup Untuk Keluarga Anda
Pelan ini menyediakan satu bayaran sekaligus untuk keluarga anda iaitu 100% jumlah perlindungan anda jika anda meninggal dunia atau didiagnos mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

3. Perlindungan Bagi Kematian
 Kami akan membayar 100% daripada jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia semulajadi/penyakit atau akibat kemalangan.

4. Pilihan Perlindungan Dan Terma Pembayaran
Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh masa perlindungan dan terma pembayaran, bergantung kepada komitmen kewangan anda dan aspirasi anda untuk orang yang anda sayang.

5. Tidak Memerlukan Pemeriksaan Perubatan 
 Anda tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan jika perlindungan anda berjumlah RM500,000 dan ke bawah.

6. Sumbangan Bulanan Yang Rendah
Anda akan mendapatkan sumbangan serendah RM100 sebulan* tetapi bergantung kepada umur dan amaun perlindungan.

 

*tertakluk kepada terma dan syarat risiko kelayakan

 


 

Sudahkah anda membuat HIBAHuntuk keluarga tersayang anda mahupun anda diri sendiri ?  Sediakan HIBAHuntuk kelangsungan hidup keluarga anda selagi anda masih ada mahupun ada diri sendiri.

 

 

Sila klik sini atau  untuk maklumat lanjut mengenai pelan Hibah Takaful Ikhlas!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.