Masalah akan timbul kalau rumah anda masih under master title lagi?

Masalah akan timbul kalau rumah masih under master title lagi?  Kalau rumah dah lebih 10 tahun ke atas, soalan ini akan keluar

 

“Rumah dah dapat Strata/Individual Title atau masih lagi under Master Title?”

 

Kita mungkin akan risau kalau rumah yang dimiliki sekarang sama ada dah dapat strata/individual title atau master title?

Apa itu Master Title Dan Strata/Individual Title?

Title adalah Geran, untuk membuktikan siapa pemilik hartanah itu.  Apabila kita beli rumah masih dalam “Under Construction”, biasanya atas geran kongsi (Master Title).  Master Title still atas nama pemaju sendiri lagi.

Strata Title pulak adalah hak pemilikan setiap petak rumah yang dipecahkan Master Title sebelum ini. Contoh jenis hartanah pulak, seperti rumah apartmen, flat, kondominium, serviced residence, dan sebagainya

Manakala Individual Title juga adalah hak pemilikan setiap petak rumah yang dipecahkan dari Master Title sebelum ini.  Individual title adalah bagi jenis hartanah landed house saja.

 

Bila pemaju nak buat projek perumahan, pembinaan akan dibuat atas geran kongsi(Master Title).  Siapa pemilik untuk Master Title?  Pemilik untuk geran ini adalah pemaju itu sendiri.

Bermakna, setiap pembeli dibawah geran ini adalah pemilik setiap petak rumah yang dipecahkan. Pemaju tak lagi mempunyai hak ke atas rumah dengan geran ini.

 

Antara masalah-masalah yang timbul bila beli rumah masih master title!

 

Bank susah nak luluskan loan rumah

 Tak banyak bank yang nak bagi pembiayaan rumah kalau kes macam ini.  Lebih lagi kalau geran kongsi (Master Title) itu dah lebih 10 tahun.  Bukan tak ada langsung, cuma certain saja, tapi leceh sikit untuk carikan bank yang sudi berikan loan rumah.

 

Hartanah susah untuk jual semula

 Bila tak banyak bank yang sudi bagi pembiayaan rumah, pembeli pun susah dan tak dapat nak proceed dengan pembelian rumah.  Untuk pembeli yang biasa ada experience pembelian rumah, mereka akan kaji dulu status geran sebelum membeli dan berapa kos untuk sediakan diri untuk bayar segala kos pertukaran geran.

 

JMB tak boleh buat kerja

 Apa itu JMB?  JMB adalah Joint Management Body.  Selagi Strata Title belum keluar, JMB tidak dapat ditubuhkan.  Dengan ini, semua maintenance, pembaikan sebarang kerosakan, dan lain-lain tidak dapat  dijalankan.

 

Pemaju diisytihar muflis

 Kalau pemaju dah bankrupt (muflis) masa proses pertukaran geran, peguam yang dilantik kena cari liquidator untuk projek perumahan tu.  Liquidator adalah pihak yang pegang semua dokumen pemaju yang muflis itu.  Proses pembelian rumah akan lambat jika macam ini.

 

 Susah nak wasiatkan hartanah kepada waris

 Proses macam ini akan jadi lebih rumit dan akhirnya, rumah tak dapat diwariskan sebab strata/individual title belum keluar lagi. 

 

Jika anda pemilik hartanah, sila semak hartanah anda masih lagi master title atau individual/strata title yang ingin membuat pembelian/pembiayaan semula hartanah, still ada Bank yang bagi pembiayaan ya.

 

Klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembiayaan pembelian rumah untuk hartanah atau yang ingin membuat pembiayaan rumah semula (refinance rumah) yang masih lagi master title.

 

ENQUIRE NOW!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.