Kepentingan MLTT -vs- MRTT semasa membuat pembiayaan perumahan?

Saya nak kongsikan satu pengalaman berjumpa dengan kawan existing customer saya.  Dia memperkenalkan kawan dia kepada saya dan namanya “Encik Q”.  Saya bersembang dengan Encik Q dan dia memberitahu dia baru membeli sebuah rumah teres berharga 450k.  Umur dia baru masuk 39 tahun.  Saya terus bertanya bagaimana loan dia?   Ingat nak tolong dia arrange dia punya pembiayaan rumah dengan bank officer saya di sini dan jawapan dia kata semua telah lulus atas pertolongan agent rumah.

Saya bertanya lagi sama ada dia ada ambil takaful atau insurans untuk rumah itu?  Encik Q berkata tidak mengambil apa-apa Takaful atau insurans bagi rumah itu lagi.  Saya terus memberi pandangan kepada dia tentang kepentingan MLTT.  Jawapan dari Encik Q bagitahu saya dia dah mempunyai life insurans dengan perlindungan 100k bagi kematian dan kecacatan kekal yang telah dibeli beberapa tahun lepas.  Saya tanya dia mengapa Bank tidak ada masuk MRTT dalam loan dia sedangkan dia punya bank loan dah lulus.  Encik Q bagitahu saya dia tidak tahu ada ini bendanya.  Saya ada bagitahu dia kebaikan dan keburukan MRTT jikalau di ambil oleh peminjam rumah.

Saya diberitahu oleh Encik Q bahawa loan rumah adalah RM405k tanpa perlindungan MRTT manakala perlindungan insurans sedia ada 100k.  Ini bermakna perlindungan dia adalah tidak mencukupi dan masih kekurangan perlindungan RM305k.  Tambahan pula dia juga tidak ada perlindungan 36 Penyakit Kritikal tapi yang ini adalah “Optional” bagi dia.

Rumah adalah satu asset yang penting dan berharga bagi kita dan keluarga kita.  Takkan kita sanggup tengok atau membiarkan rumah dilelong akibat tidak mampu membayar komitmen bulanan pada bank.  Antara perkara yang selalu didengari rumah di lelong adalah berkaitan dengan masalah kesihatan penyakit kronik atau kecacatan kekal. Apakah perancangan kita untuk mengelakkan ini dari berlaku?

Saya beritahu kepada Encik Q kepentingan MLTT sama ada dia nak top up amaun perlindungan atau sign up satu pelan MLTT baru dengan perlindungan RM405k sebab pelan MLTT adalah sangat sesuai untuk melindungi pembiayaan perumahan.  Encik Q mengambil keputusan untuk sign up satu pelan MLTT baru untuk melindungi pembiayaan perumahan dia.

Ini jadi sebab utama wujudnya produk insurans gadai janji (atau Mortgage Insurance).  Ia adalah pelan perlindungan bagi pembiayaan perumahan.

Kalau ada perkara buruk berlaku ke atas diri kita, pelan ini akan tanggung baki hutang pinjaman yang kita buat kepada pihak bank.  Dah tentu kita tak nak susahkan keluarga atau pewaris kita kalau sesuatu yang tak diingini berlaku, betul kan?

Bagi pendapat saya, pelan MLTT adalah sangat sesuai untuk pembiayaan rumah atau pembiayaan rumah semula sebab perlindungan adalah kekal sepanjang tempoh pembiayaan berkenaan dan boleh dibayar secara ansuran dan jikalau tamat tempoh ada sedikit nilai dana dipulangkan kepada pemegang polisi.

Boleh rujuk di Artikel ini mengenai perlindungan MRTT -vs- MLTT (selamatkan rumah dari bank lelong).

Jika anda hendak mengetahui perlindungan Takaful untuk pinjaman/pembiayaan rumah lebih lanjut, boleh klik di bawah

ENQUIRE NOW!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.