Kepentingan Kad Perubatan atau Medical Card Untuk Semua Orang!

  Mengapa kita perlu ada kad perubatan atau medical card dalam kehidupan kita?  Pada pandangan saya, ramai orang masih tidak tahu betapa pentingnya perkara ini malah ada yang menganggap ini perkara tidak sangat penting tanpa memikirkan untuk keperluan.   Pada masa sekarang, medical card atau kad perubatan dianggap sebagai satu keperluan hidup dan bukan lagi kehendak kerana kos perubatan pasti akan terus meningkat mengikut teknologi perubatan yang canggih semasa. Kalau anda masuk hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan dan perubatan kerana caj perkhidmatan bukan lagi percuma pada masa sekarang selain ubat-ubatan kos telah semakin tinggi sekiranya anda tiada kad perubatan atau medical card.   Pernahkah anda terfikir, sekiranya berlaku kecemasan di mana anda, pasangan atau anak anda, jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, bagaimana anda menguruskan kecemasan itu?  Apakah persediaan yang sudah anda lakukan?   Takaful Kad Perubatan adalah satu keperluan untuk semua orang.  Ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak menitikberatkan soal memiliki kad perubatan atau medical card.  Sekiranya anda ingin mengetahui samada anda patut memiliki kad perubatan atau sebaliknya, anda patut fahami dan hayati kenyataan di bawah untuk memastikan keperluan anda untuk memiliki.   Adakah anda fikirkan jika anda masuk hospital, mampukan anda membayar bil hospital?  Jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, anda perlu menyediakannya serta merta.  Kad Perubatan atau medical card akan membantu anda serta merta dan anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan dan perubatan.   Ada setengah syarikat akan membayar kos perubatan anda dengan takaful perubatan berkelompok jika anda masih bekerja.  Kalau anda masih bekerja, syarikat akan membayarkan kos perubatan.  Jika anda kehilangan kerja atau setengah syarikat tidak “cover” kos perubatan jika anda sakit, mampukan anda membayar kos perubatan untuk anda diri sendiri?   Anda tidak tahu bila anda akan sakit dan semua orang juga tidak mahu sakit.  Tetapi, cuba tengok di hospital, kenapa ramai orang di hospital?  Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan anda mungkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.   Pastikan anda sudah ketahui jawapan samada anda perlukan kad perubatan atau sebaliknya.  Adakah anda benar-benar perlukan kad perubatan setelah menjawab persoalan di atas?   Anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, samada nasib baik atau sebaliknya semuanya tidak dapat dijangkau oleh anda.  Oleh kerana itu, anda sering dikejutkan dengan berita kematian disebabkan kemalangan dan penyakit.  Sakit itu pasti dan risiko kemalangan juga mungkin.  Tetapi, pernahkan anda fikirkan anda akan menyusahkan orang lain jika sekiranya anda sendiri terkena perkara tersebut. Kos perubatan telah meningkat kadar melebihi 12% setahun, menjadikan ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.  Oleh itu memiliki takaful perubatan atau medical card adalah satu keperluan pada hari ini.  
  Pernahkan anda dengar jual rumah untuk rawat penyakit Pada masa sekarang kebanyakan penyakit yang disebabkan gaya hidup yang tidak sihat ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, masalah sendi dan banyak lagi.  Anda perlu buat persediaan rapi untuk risiko yang berkemungkinan menimpa diri anda kerana kos perubatan sekarang begitu tinggi dan mahal, maka kad perubatan atau medical card bukan lagi merupakan satu keperluan semata-mata tetapi lebih kepada persediaan untuk kewangan anda dan juga memerlukan dan yang paling penting adalah anda tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya keluarga anda sendiri untuk membayar kos rawatan yang tinggi dan mahal.   Andakah anda sudah buat persediaan kewangan ketika anda hadapi sakit kritikal Adakah dana anda mencukupi untuk mendapatkan rawatan?  Anda ingat simpanan wang anda “Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) hanya dapat bertahan pada masa singkat jika anda ditimpa penyakit kritikal, duit simpanan KWSP lagi cepat habis untuk rawatan dan setengah simpanan tidak cukup untuk rawatan penyakit kritikal kerana kos perubatan rawatan yang mahal dan tinggi. Sebagai contoh, kos perubatan rawatan kanser telah meningkat sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang mermerlukan RM150,000 dan permindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000. Kalau pada masa dulu, penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih tetapi kini dengan kemajuan dan teknologi perubatan sekarang yang canggih, penyakit kritikal mungkin boleh dirawat dan sembuh.  Persoalannya sekarang, anda mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini? Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang sangat lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain berkemungkian kehilangan mata pencarian.  Ini dah membebankan kewangan pesakit dan mereka yang tersayang.  Inilah sebab anda untuk membuat persediaan kewangan amat penting. Persediaan kewangan untuk penyakit kritikal adalah sangat penting dalam perancangan kewangan, tetapi ada kalanya perkara di luar jangkaan mungkin melanda anda.   Adakah anda tahu kos perubatan di hospital swasta hari ini sangat tinggi dan mahal Penyakit dan kemalangan itu boleh berlaku bila-bila masa, tak kira usia dan jika ia berlaku, anda masuk Hospital Kerajaan?  Jika anda perlukan rawatan segera, hospital kerajaan adakah satu pilihan yang baik?  Sebab anda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan diminta tunggu giliran 2-3 bulan untuk rawatan penyakit kritikal seperti kanser dan sebagainya? Sebenarnya anda tahu kos perubatan di hospital swasta hari ini adalah sangat tinggi dan mahal terutamanya kos rawatan penyakit merbahaya dan boleh sampai mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.  Cuba anda fikirkan sekarang, apabila anda menghadapi masalah sedemikian rupa, anda sendiri akan pening kepala mana nak cari duit sebanyak itu? Nak meminjam dari bank, bank faedahnya tinggi dan pinjamannya pula terhad. Nak pinjam dari kawan, mana ada kawan akan pinjankan puluhan ribu, siapa yang sudi pinjam? Nak jual rumah dan kereta, itulah saja harta yang anda anda, kalau dah dijual kehidupan sedia ada anda dan keluarga anda akan terjejas. Nak minta mohon belas kasihan orang, tak tahu ada sesiapa yang sudi menolong, itu pun kalau masalah kita dapat perhatian orang.  Kebanyakan orang buat tak tahu atau sekadar beri sikit-sikit saja yang boleh menolong keperluan asas sahaja.  Nak minta bantuan dari badan kebajikan tak mampu beri banyak sebab banyak permohonan perlu dibantu juga.   Anda pasti risau bila menghadapi masalah sedemikian.  Siapa akan tolong bayarkan kos perubatan hospital?  Duit deposit hospital, bil-bil perubatan hospital, semuanya siapa akan bayar dan mampukan anda untuk membuat bayaran?  
  Bagaimana Takaful Ikhlas boleh membantu anda?       Pelan Kad Perubatan atau Medical Card yang diaturkan oleh Takaful Ikhlas boleh uruskan bil-bil perubatan hospital sekiranya anda dimasukkan ke hospital untuk rawatan perubatan dan selesaikan masalah kewangan anda itu.       Manfaat-manfaat Kad Perubatan atau Medical Card Takaful Ikhlas: Tiada Ko-Takaful  Tiada Had Seumar Hidup  Tiada Limit Tahunan  Elaun Hospital sehingga RM500 setiap hari di wad  Pampasan MC/cuti sakit mingguan Tunai bila hilang upaya menyeluruh dan kekal  Pampasan Tunai bila diuji penyakit kritikal  Pampasan Tunai bila meninggal dunia  Rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan  Rawatan Fisioterapi pesakit luar  Rawatan Dialisis buah pinggang pesakit luar  Rawatan Kanser pesakit luar  Pengecualian penyakit kritikal sehingga usia 100 tahun  Pengecualian caruman jika hilang upaya keseluruhan dan kekal  Ada Nilai Tunai  Bonus jika tiada tuntutan  Lebih 100 panel hospital seluruh di Malaysia  dan banyak lagi.   Hanya sumbangan serendah dari RM115* sebulan dapat perlindungan sebanyak RM850,000 untuk Kad Perubatan / Medical Card.   *tertakluk kepada terma dan syarat risiko kelayakan  
  Dapatkan satu Kad Perubatan atau Medical Card mampu milik dari Takaful Ikhlas untuk diri sendiri dan juga memenuhi keperluan anda dan perancang kewangan anda.    

Sila klik sini atau  untuk maklumat lanjut mengenai pelan Kad Perubatan atau Medical Card Takaful Ikhlas!

    Thank you for reading!     Sila baca Article dari Berita Harian Online mengenai Takaful Perubatan & Kesihatan                      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.