Hibah Rumah/Hartanah Bercagar?

Semua orang boleh beli rumah melalui pinjaman Bank atau LPPSA sekarang.

 

Tapi… masih ramai orang yang tidak tahu kesan dan bagaimana untuk menguruskan PUSAKA jika pemilik telah meninggal dunia.

 

Anda mungkin di dalam situasi berikut:

Membuat pinjaman seorang dan tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P) 1 orang.
Membuat pinjaman seorang dan tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P) 2 orang.
 Membuat pinjaman bersama (joint loan) dan tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P) bersama 2 orang.

 

Apakah kesan tandatangan di dalam Perjanjian Jual Beli?

Tandatangan di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) adalah PEMILIK HARTA walaupun pinjaman dibuat oleh orang lain.

 

Sebagai contoh:

Kebanyakan orang yang buat sekarang adalah Suami akan membuat pinjaman Bank/LPPSA untuk beli rumah dan ada perlindungan MRTT/MLTT untuk cover baki pinjaman Bank/LPPSA jika telah meninggal dunia sebelum habis bayaran pinjaman Bank/LPPSA.  Dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) ada 2 orang yang menandatangani iaitu Suami dan Isteri.

 

Situasi

Jika Isteri meninggal dunia dahulu

Suami masih perlu membayar pinjaman bulanan kepada Bank/LPPSA kerana 100% atas nama Suami.  50% bahagian daripada rumah menjadi hak Faraid bagi waris-waris Isteri (*Ibu, Bapa, Suami, Anak-Anak melalui proses Faraid) kerana isteri salah seorang penandatangan/pemilik harta di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P).

Proses pusaka Isteri 50% bahagian ke atas rumah “Tidak Boleh Dibuat” kerana pinjaman rumah masih belum selesai lagi sehinggalah Suami mati atau habis bayar pinjaman Bank/LPPSA dahulu.  Sementara menunggu selesaikan pinjaman Bank/LPPSA, kemungkinan berlaku kematian ke atas waris-waris Isteri boleh berlaku dan procses pusaka akan menjadi bertambah rumit dan agak panjang.

 

Situasi

Jika Suami meninggal dunia dahulu

Baki pinjaman Bank/LPPSA akan selesai kerana ada perlindungan MRTT/MLTT.  Bahagian arwah Suami yang perlu difaraidkan ke atas rumah adalah 50% dan baki 50% adalah menjadi hak Isteri sebagai salah seorang penandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P).  Waris-waris arwah Suami (*Ibu, Bapa, Isteri, Anak-Anak melalui waris Faraid) boleh menuntut 50% hak Faraid ke atas rumah.

 

Situasi

Jika Suami meninggal dunia dahulu

Baki pinjaman Bank/LPPSA TIDAK dapat diselesaikan kerana TIDAK ada perlindungan MRTT/MLTT.  Macam mana waris-waris nak meneruskan kehidupan seperti biasa sedangkan isteri TIDAK ada pendapatan untuk membayar rumah bulanan pada Bank.  Rumah yang TIDAK dapat bayar bulanan Bank akan dilelongkan oleh Bank.  Masa itu waris-waris mana nak pergi dan duduk mana?  Nak pergi rumah saudara-mara/kawan-kawan kena juga ada sedikit pendapatan bayar sewa.  Bayangkan apa pun tidak ada, betapa susahnya tinggal rumah saudara-mara/kawan-kawan kena tengok muka mereka dan kemungkinan akhirnya akan dihalau juga (mengikut keadaan semasa).  Dokumen Hibah Rumah Takaful adalah penting untuk waris-waris untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

Sebagai ringkasnya

Bahagian SUAMI boleh dihibahkan kepada anak-anak (jika suami/isteri join loan).

ATAU

Bahagian ISTERI juga boleh dihibahkan kepada anak-anak (jika suami/isteri join loan).

 

 Susahnya nak uruskan pusaka bagi rumah yang masih dalam pinjaman Bank/LPPSA kan?

Ya… kerana geran asal rumah masih dipajak di Bank/LPPSA dan proses tuntutan pusaka “Tidak Boleh Dibuat” selagi baki pinjaman tidak selesai dan urusan pengeluaran Geran Individu tidak boleh diperolehi.

 

 Antara proses yang perlu dilalui oleh waris sehingga memakan masa dan panjang?

 Waris perlu ke Bank/LPPSA untuk selesaikan baki pinjaman.  Jika ada perlindungan MRTT/MLTT boleh selesaikan baki pinjaman Bank/LPPSA.  Jika tiada, waris perlu bayar sendiri baki pinjaman Bank/LPPSA dan Bank/LPPSA akan keluarkan Surat Pelepasan Gadaian.

Waris perlu ke Pejabat Pemaju Perumahan untuk dapatkan salinan Geran Individu yang akan digunapakai untuk permohonan tuntuan pusaka di Pejabat Pusaka atau Mahkamah Sivil.

Waris gunakan Salinan Geran Individu untuk permohonan tuntutan pusaka samada di Pejabat Pusaka atau Mahkamah Sivil.

Waris gunakan Salinan Geran Individu untuk permohonan tuntutan pusaka samada di Pejabat Pusaka atau Mahkamah Sivil.  Purata tempoh masa tuntutan antara 4 hingga 6 bulan bagi proses pusaka dan jika kes terlalu rumit maka proses pusaka lagi panjang.

 

 Jika waris-waris pula mati dalam tempoh proses pusaka?  Bagaimananya?

 Proses tuntutan pusaka akan menjadi bertambah rumit kerana waris-waris semakin ramai dan berlapis-lapis.

 

 

 Penyelesaiannya macam mana?  Ini adalah jawapannya.

 Dengan Hibah melalui Takaful Yang Masih Dalam Pinjaman untuk menguruskan Hartanah/Rumah untuk waris-waris anda.

 

 

Hibah Rumah atau Hartanah anda kepada orang yang anda sayangi…

 

Samada rumah atau hartanah anda yang masih berhutang dengan bank atau dan langsai…

 

Walaupun proses tuntutan pusaka mengambil masa, bahagian anak tetap terpelihara dengan adanya Dokumentasi Hibah Rumah Dalam Pinjaman.

 

Antara sebabnya anda perlu sediakan sekurang-kurangnya satu Hibah Rumah anda kepada orang yang anda sayangi…

 Sebagai tanda kasih sayang.
 Menjamin masa depan orang yang disayangi selepas anda telah tiada.
 Mengelakkan perebutan harta dari waris-waris faraid lain selepas anda telah tiada.
 Permudahkan urusan pembahagian harta selepas anda telah tiada.
 Penyelesaian kepada kos pindah milik hartanah yang tinggi.

 

Golongan kritikal yang perlukan Hibah Rumah:

Pasangan yang mempunyai hartanah atas satu nama.
Pasangan yang mempunyai hartanah atas dua nama (nama pinjaman bersama).
 Individu bujang.
 Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja.
 Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan tapi nak agihkan harta anda sama rata.
 Pasangan yang mempunyai anak OKU yang perlu penjagaan khusus.
 Pasangan yang mempunyai anak angkat.
Lelaki atau wanita berkahwin semula.
 Pasangan yang tidak mempunyai anak.
 Lelaki yang berpoligami.
Saudara-mara (Mualaf).

 

Berpengalaman menyediakan perkhidmatan membuat dan menguruskan dokumen Hibah Rumah melalui Takaful yang telah kami buatkan untuk pelanggan-pelanggan kami bagi mengelakkan berlakunya salah faham ke atas tuntutan pusaka tanpa perlu menghabiskan MASA dan KOS terutamanya rumah yang masih dalam pinjaman.  Penerima Hibah menerima hartanah yang dihibahkan tanpa masalah.   

 

Rancang dan urus Hartanah anda kini dengan lebih Mudah!

 

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan penyediaan Dokumen Hibah Rumah melalui Takaful/Wasiat, boleh hubungi di bawah

 

CHAT WITH MI ADVISER!

1 thoughts on “Hibah Rumah/Hartanah Bercagar?

  1. Zulaikha binti mohd dzulfatah says:

    Assalam. Nak tanya. Ayah saya ada cagar tanah untuk pinjaman pembinaan rumah di tanah tersebut sebelum pencen sebagai kakitangan kerajaan. Pinjaman LPSSA.

    Kos pinjaman adalah RM100k di mana kos membina rumah RM80k dan bayaran takaful sebanyak RM20k jika dilihat pada dokumen. Tempoh bayaran selama 27 tahun di mana masih berbaki 10 tahun.

    Saya mempunyai 2 beradik dan keduanya perempuan. Ayah ingin menghibah tanah dan rumah kepada kami dua beradik dengan ikatan amanah.

    Apabila di tanya pejabat tanah, pegawai tu cakap perlukan surat kebenaran dari LPSSA untuk membuat hibah tersebut.

    Apabila diajukan soalan mengenai surata kebenaran tersebut melalui email kepada LPSSA, jawapan dari pihak LPSSA mengatakan tiada membuat surat kebenaran tersebut.

    Bagaimana cara nak selesaikan masalah saya ni? Adakah ikatan amanah dan hibah tidak boleh dibuat sebab pinjaman gadaiantersebut masih belum habis dibayar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.