MI Blogs, Mortgage Financing
Mari Memahami Apakah Itu CCRIS & CTOS?
Semalam seorang pelanggan merujuk kepada kawan dia menelefon saya kata dia punya pinjaman perumahan kena reject oleh 2-3 Bank. Bank officer tidak dapat beritahu dia apa sebab Bank reject dia punya pinjaman perumahan. Saya suruh dia pergi Bank Negara Malaysia dapatkan dia punya CCRIS report dulu.
Selepas itu, dia whatsapps saya dia punya CCRIS report…. Selepas saya tengok dan baca dah agak-agak tahu kenapa pinjaman Bank dia kena reject. Sebelum kita hendak memohon pinjaman dengan Bank, kita perlu buatkan langkah yang pertama seperti kita kena semak CCRIS & CTOS report kita dulu untuk pastikan report kita tidak ada Blacklist dan rekod pembayaran hutang dengan Bank adalah cantik.
Mari kita memahami apa itu rekod CCRIS & CTOS?
Apakah itu rekod CCRIS?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi rekod/corak pembayaran pinjaman anda.
Rekod CCRIS termasuklah:
Butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia (ini termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit atau PTPTN).
Rekod pembayaran pinjaman bagi tempoh 12 bulan yang lepas termasuk sebarang tunggakan.
Sebarang pinjaman ‘Special Attention’ atau pinjaman di bawah pemerhatian bank.
Pinjaman yang telah melalui penjadualan dan penstrukturan semula.
Apabila anda membuat permohonan pinjaman bank (sama ada pinjaman perumahan atau peribadi), bank akan menyemak rekod CCRIS anda untuk mengakses corak pembayaran anda.
Walaupun setiap bank mempunyai kriteria kredit yang berbeza, anda boleh dianggap mempunyai rekod CCRIS yang kurang baik jika pembayaran anda tertunggak selama 2-3 bulan dalam tempoh 6 bulan yang lepas atau anda mempunyai pinjaman di bawah pemerhatian bank (SAA – Special Attention Account). Ini kemungkinan besar akan menjejaskan kelulusan pinjaman anda.
Bagi pinjaman koperasi di mana pembayaran adalah melalui potongan gaji, peluang kelulusan pinjaman anda lebih tinggi walaupun anda mempunyai 2-3 bulan bayaran tertunggak.
Apakah itu CTOS?
Secara ringkasnya, CTOS adalah kad laporan kredit anda.
CTOS memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penerbitan prosiding undang-undang, maklumat akhbar dan selainnya. Laporan CTOS mengandungi status muflis individu, status kes, tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan dan selainnya.
Sebarang kegagalan untuk membayar balik pinjaman, bil utiliti ataupun bil telefon, serta apa-apa tindakan litigasi terhadap anda termasuklah status bankrap akan tersenarai dalam laporan CTOS. Scenario sebegini akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.
Tapi pelanggan kawan saya ini dah semak CCRIS dan CTOS report rekod pembayaran semua ok tetapi pinjaman masih kena reject dari Bank, masalahnya dia tidak tahu di mana?
Setelah membuat semakan dan baca CCRIS report dia, saya mendapati pelanggan kawan saya ini ada 2 pinjaman hutang yang baru dibuat pada tahun 2020. Dalam 2 hutang pinjaman ini semua bank loan adalah baru dan semua adalah personal loan ditunjuk di dalam CCRIS report. Hutang Bank personal loan dan kad kredit adalah dipanggil “Clean Loan”.
Masalahnya di sini, pelanggan kawan saya ini nak beli rumah buat pinjaman rumah dengan Bank, Bank Officer kata akan check CCRIS report dia dan Bank Officer akan baca semua ada tak rekod bayaran cantik atau tidak dan Bank Officer juga akan semak jenis pinjaman yang pelanggan ada dan tarikh pinjaman dibuat.
Pelanggan kawan saya ini ada 2 hutang personal loan yang baru apply pada awal bulan Januari dan March 2020. Ini akan bagi kesan negatif dalam scoring system Bank. Ini adalah sebab utama pinjaman Bank dia kena reject.
Bagi kawan-kawan lain yang hendak buat pinjaman Bank untuk beli rumah baru atau buat pembiayaan rumah semula (refinance rumah), sila buat semakan CCRIS atau CTOS dulu tengok corak pembayaran pinjaman Bank yang sedia ada anda!
Anda boleh hubungi saya untuk pengetahuan membaca dan menganalisis rekod Laporan CCRIS & CTOS, sila klik di sini
Untuk mendapatkan rekod Laporan Asas Kredit CTOS, anda hanya perlu mohon untuk mendapatkan ID pengguna CTOS dan buat bayaran. Kemudian, anda akan menerima laporan CTOS daripada aplikasi CTOS.
ATAU
Anda boleh semak rekod kredit individu secara percuma. Anda hanya perlu lawati portal eCCRIS, mengunakan kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK.