Takaful Kediaman atau Takaful Empunya Rumah/Isi Rumah merupakan salah satu polisi insurans terpenting yang anda sepatutnya miliki. Rumah anda merupakan salah satu pelaburan terbesar anda jadi adalah sangat penting untuk anda melindungi rumah anda.
Terdapat 3 jenis polisi utama yang boleh melindungi rumah anda:
Polisi Kebakaran Asas
Polisi ini memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan atas harta yang diinsuranskan (contohnya rumah, kedai dan kilang) akibat kebakaran, petir atau letupan
Polisi Empunya Rumah
Polisi ini memberi perlindungan tambahan berbanding polisi kebakaran asas. Ia melindungi sebarang kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir, paip pecah atau gempa bumi dan lain-lain. Bukan sahaja melindungi rumah anda tetapi juga merangkumi garaj, bangunan luar, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling rumah anda serta lekapan dan lengkapan kekal.
Polisi Isi Rumah
Polisi ini melindungi barang-barang isi rumah anda serta melindungi kecederaan maut untuk anda sebagai pihak yang diinsuranskan. Polisi ini tidak memberi perlindungan kepada rumah anda.
Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali untuk perlindungan yang menyeluruh.
Setakat Mana Harus Saya Lindungi?
Apabila membeli takaful/insurans untuk rumah anda, pastikan harta anda diinsuranskan secukupnya dengan mengambilkira pengubahsuaian dan penambahbaikan yang anda lakukan terhadap rumah anda. Jika anda memerlukan perlindungan menyeluruh yang melindungi rumah dan isi rumah anda, dapatkan polisi takaful/insurans empunya rumah serta polisi takaful/insurans isi rumah.
Harta Berhak Milik Strata
Jika anda mempunyai harta berhak milik strata seperti pangsapuri, syarikat yang menguruskan pangsapuri itu bertanggungjawab mengambil insurans di bawah polisi induk. Pastikan anda mendapat salinan sijil insurans individu untuk unit anda bagi menyemak perlindungan insurans di bawah polisi induk tersebut.
Takaful rumah melindungi kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat bencana yang tidak diduga.
Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana takaful ini berfungsi, sila hubungi kami untuk maklumat yang anda inginkan.
Thank you for reading!
The above articles are intended for informational purposes only. Mi Adviser accepts no responsibility for loss which may arise from reliance on the information contained in this articles.
Hai. Beli rumah 2015, takaful empunya rumah & isi rumah bayar lungsum (sekali bayar) utk 30 tahun.
Baru-baru ni, ambil keputusan refinance rumah. Tapi bank tentukan bayaran takaful setiap tahun kena renew.
Berbeza dr sebelum ni.
Suami saya tidak setuju, dan minta saya maklumkan pada bank untuk byrn sekali bayar. Bukan tahunan.
Soalan saya:
1) Apa baik buruk di antara 2 bentuk byrn?tersebut?
2) Apakah pilihan terbaik?
Hi Cik Nurulhuda, salam sejahtera.
Untuk maklumat anda, takaful empunya/isi rumah adalah untuk melindungi rumah dari kebakaran asas dan juga melindungi rumah dari sebarang kerugian dan kerosakan akibat bencana alam berlaku. Bayaran ini adalah setahun sekali. Tapi bayaran ini tak tinggi, contohnya cover RM200k, bayaran setahun dalam below RM200 setahun, but depend to insurance company calculation ok.
Kalau i tengok Cik katakan di sini, untuk bayaran takaful setiap tahun renewal untuk 30 tahun mungkin ini adalah perlindungan pembiayaan rumah (hutang bank loan rumah). Yang ini bayaran Cik kena bayar setiap tahun kan? Actually Cik boleh request Banker letak perlindungan takaful ini dalam loan amount untuk 30 tahun sekaligus. Sebab perlindungan pembiayaan ini ada 2 jenis, satu MRTT dan satu lagi MLTT. Yang MRTT adalah bayaran sekaligus untuk 30 tahun dan yang MLTT adalah bayaran setiap tahun sampai 30 tahun tapi maklamat adalah sama untuk melindungi pembiayaan rumah.
Cik boleh baca blog saya di sini perbezaan MRTT & MLTT – https://miadviser.com/mortgagetakaful-pilihan-mrtt-mltt/
Adakah refinance loan rumah Cik dah lulus?
Cik Nurulhuda, boleh klik link di sini untuk pertanyaan lebih lanjut – https://wa.link/6rg7kv
Terima kasih membaca blog saya di sini.